Tahukah mengapa lagenda tinju dunia ini tukar namanya kepada Muhammad Ali?

acf7
Bila sebut nama Muhammad Ali, tak perlu terangkan lagi siapa dia. Memang terkenal satu dunia. Berita tentang kematiannya baru-baru ini tersebar dengan begitu cepat.
Tetapi, sebelum menjadi terkenal dengan nama Muhammad Ali, beliau digelar sebagai Cassius Marcellus Clay Jr di mana beliau merasakan itu merupakan ‘nama hamba’ beliau.
Di bawah nama Cassius Marcellus Clay Jr, juara 3-kali kelas heavyweight ini sudahpun mencipta nama dengan memenangi beberapa perlawanan.
1522
Tetapi pada tahun 1960, Ali bekerja di bawah pergerakan agama African American Islamic dengan tujuan untuk menaiktaraf hidup orang African American di Amerika Syarikat.
Beliau turut menjadi pelajar rohani dan politik di bawah Malcolm X, salah seorang tokoh ternama dalam pergerakan tersebut dan mula menggunakan nama Cassius X.
Beliau kemudiannya ditukar nama kepada Muhammad Ali dalam satu kenyataan tertulis oleh Elijah Muhammad, ketua pergerakan tersebut, pada tahun 1964.
Kemudiannya, Ali mengumumkan:
“Cassius Clay ialah nama hamba. Saya tidak memilihnya dan saya tidak mahukannya. Saya ialah Muhammad Ali, nama yang bebas – ianya bermaksud yang dicintai Tuhan, dan saya mahukan orang ramai gunakan nama ini apabila bercakap dengan saya.”

0 comment... add one now