Tahukah Kenapa Lelaki Ini Pilih Ayam Jadi Teman Mengembara Di Lautan Luas?

Bermula daripada Mei 2014 lagi, seorang pemuda,Guirec Soudee yang berusia 24 tahun telah belayar bersama teman istimewanya, bukan manusia – tapi seekor ayam betina yang diberi nama Monique. Jauh dah Monique berjalan bersama.
8- Mengapa Lelaki Ini Pilih Ayam Jadi Teman Mengembara Di Lautan Luas? - ROTIKAYA
Menurut BBC, Guirec dan Monique menjadi perhatian setelah kisah pengembaraan menarik mereka ini mendapat perhatian di sosial media. Malah video mereka di Facebook sahaja sudah mencapai jutaan tontonan.
Semuanya bermula apabila Guirec dan Monique belayar dari Canary Islands menuju ke St Bart di kepulauan Carribean (kini bot mereka berada di Greenland).
“Ketika mula belayar, dia (Monique) berusia empat hingga lima bulan. Pada mulanya saya terfikir untuk mendapatkan kucing, tetapi terlalu banyak yang perlu diuruskan,” jelas Guirec.
5- Mengapa Lelaki Ini Pilih Ayam Jadi Teman Mengembara Di Lautan Luas? - ROTIKAYA
Dan tahukah anda, sebenarnya, dengan membawa ayam bersama, Guirec sebenarnya turut dapat bekalan telur ayam sepanjang perjalanan mereka bersama. Puratanya, Monique menghasilkan 6 biji telur seminggu walaupun ketika berada di kawasan beriklim dingin seperti Greenland.
Berada di dalam bot yang berukuran 12 meter, Monique juga turut mempunyai reban khas yang dibina di dalam bot yang digunakan ketika mengharungi cuaca buruk seperti ribut kencang.
10- Mengapa Lelaki Ini Pilih Ayam Jadi Teman Mengembara Di Lautan Luas? - ROTIKAYA
Perjalan Guirec dan Monique selepas ini akan merentas Selat Bering menuju ke Alaska. Jom tonton video mereka. Boleh tahan lasak juga si Monique ini. Jika anda terhibur, boleh ikuti pengembaraan mereka di Facebook Guirec. Tertunggu juga adakah riwayat Monique berakhir dengan kena panggang atau masak merah.
Sumber : BBC, Vitdaily 

0 comment... add one now