Tahukah Inilah Bas Pertama Angkut Jemaah Haji, Ganti Unta!

Bas Pertama Angkut Jemaah Haji

Akhbar tempatan dan rangkaian media sosial Arab Saudi kelmarin menyiarkan gambar yang mereka dakwa bas pertama mengangkut jemaah haji ke Makkah hampir 86 tahun lalu.

Kaedah pengangkutan bermotor pertama itu dimulakan secara beransur-ansur bagi menggantikan unta dan keldai yang digunakan penduduk Saudi serta umat Islam dari negara lain ketika menunaikan haji di Makkah, menziarah Masjid Nabawi di Madinah serta tempat bersejarah lain di Hijaz.
Sebelum kenderaan bermotor diperkenalkan, perjalanan menggunakan unta dari negara Arab seperti Syria dan Lubnan ke Makkah mengambil masa beberapa bulan. – Agensi/myMetro Online

0 comment... add one now