Tahukah Gigitan Lipas Adalah Lima Kali Lebih Kuat Dari Manusia

lipas-apparatus
Cara gigitan lipas itu diukur. Kredit Tom Weihmann et al.
Lipas.
Ramai yang geli atau takut dengan serangga ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Fakta terbaru ini mungkin membuatkan anda lebih takut dengan lipas. Menurut kajian terbaru, lipas boleh gigit dengan kekuatan 50 kali lebih kuat dari berat badannya sendiri, bersamaan dengan lima kali lebih kuat dari gigitan manusia. Penyelidik dari Universiti Cambridge di UK telah mengukur kekuatan 300 gigitan lipas untuk mencapai kesimpulan itu.
Tapi, bagaimana lipas yang kecil itu boleh mempunyai otot yang cukup kuat dan banyak untuk gigit sekuat itu? Penyelidik dari Cambridge itu mendapati bahawa lipas menggunakan kombinasi sentapan laju dan perlahan melalui serat ototnya apabila ia perlu menggigit bahan yang keras. “Serat otot yang lebih perlahan ini memberi rahang bawahnya rangsangan tenaga untuk membolehkan mereka (lipas) mengenakan (daya gigitan) sehingga 0.5 Newton semasa menggenggam dan mengunyah secara berterusan,” kata Tom Weihmann, penulis utamakertas kajian itu.
Kenapa pula perlu kaji kekuatan gigitan lipas ini? Menurut Weihmann, “Mereka (serangga dan lipas) adalah sumber makanan yang penting (dalam rantai makanan), tetapi juga penting sebagai pengurai tumbuhan dan haiwan. Dengan cara ini mereka adalah penting untuk kitaran bahan dan keseimbangan ekologi.”
Sumber : GizmodoPLOS ONE
Kredit : teklog 

0 comment... add one now