Tahukah anda Apple pernah buat kasut sneakers?

1 (1)
Pernah tak korang terfikir kalau Apple buat kasut? Tak perlu terfikir sebab syarikat gergasi ini pernah buat kasut pada tahun 90-an.
Tidak pasti berapa banyak dihasilkan tetapi nampak gayanya macam hanya satu unit sahaja pernah dikeluarkan oleh Apple.
Mungkin kerana kurang perhatian dari orang ramai, Apple meninggalkan projek ini sebagai barang promosi.
5
Kasut seperti sneakers Adidas ini dibuat menggunakan kulit berwarna putih yang biasa dilihat pada era tersebut. Ianya didatangkan dengan ikon Apple pelangi yang terkenal pada bahagian sisi dan juga lidahnya.
Ianya pertama sekali dijual kepada seorang pekerja Apple pada pertengahan tahun 90-an. Pada 2011, ianya dilelongkan di eBay.
Pemilik kasut ini, Scott King, memenangi lelongan itu dan kini disimpan sebagai koleksi di rumahnya di Alabama.
“Lelongan itu bagaikan gila dan sangat aktif,” katanya kepada Tech Insider melalui emel.
“Saya hanya pernah melihatnya beberapa kali, jadi saya tahu ianya sangat rare!”

0 comment... add one now