Tahniah TMJ Kini Bergelar Bapa, Dikurnia Puteri Sulung Pagi Tadi!



TAHNIAH diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam kerana selamat menimang cahaya mata sulung, pagi tadi.
24okt_tmjbaharu.transformed
Pasangan diraja ini dikurniakan seorang anak perempuan.
Berita gembira itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
“Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.
“Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.
TMJ dan Che’ Puan Khaleeda mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2014. 

1 comment... add one now