Sweet.. Nabila Huda Kongsi Video Paksa Suami Cium

fasha

APABILA sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti ramai sudah membayangkan perangainya yang gila-gila dan selamba.
Baru-baru ini, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil telah memuat naik video sempena ulang tahun perkenalan bersama suami tercinta, Izwan menerusi laman Instagram.


Menerusi video, jelas anak penyanyi rock terkenal itu sedang bahagia diulit cinta bersama tauke kafe hispter.
Apa yang menarik hati kami, Abil sempat ‘membuli’ suaminya dengan meminta untuk mencium pipinya.
Walaupun Izwan nampak seakan-akan malu, tetapi dia tetap cuba penuhi permintaan isteri tercinta sambil ketawa dan menutup wajahnya.
Hinggakan kami yang menontonnya pun, tersengih dan terkekeh-kekeh ketawa. Senang cakap, memang sweet habis!
Alahai bertuah Abil kerana telah menemui pasangan yang benar-benar memahami dan menerima dirinya seadanya.
Rata-rata peminat juga turut meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini bahagia dan bersama buat selamanya. 

0 comment... add one now