Sweet Kills kempen anti kencing manis nampak cool tapi mengerikan!

Sweet-Kills-Advertisement-Ogilvy-Bangkok-Branding-in-Asia-Magazine-00002-696x385
Bulan puasa ini orang kata lebih afdal kalau berbuka dengan benda manis kan? Tapi kita juga diajar dalam bulan puasa ini untuk bersifat sederhana. Jangan berlebihan.
Mungkin lebih elok dipraktikkan setiap hari, walaupun pada hari-hari biasa. Pengambilan gula memang diperlukan untuk badan tetapi bila berlebihan juga boleh menjahanamkan badan.
Contoh paling mudah ialah masalah kencing manis. Kalau terlalu tinggi kandungan gula dalam badan, anda berhadapan dengan risiko kesihatan seperti kencing manis.
Kencing manis tak boleh buat main-main, kalau tahap teruk, sampaikan kulit, isi dan organ-organ mereput.
Jadi ada suatu ketika dulu, Nattakong Jaengsemmenghasilkan satu karya yang digelar Sweet Kills untuk firma pengiklanan Ogilvy & Mathers.
Konsep yang digunakan ialah menukarkan kesan luka yang tidak sembuh pada bahagian badan manusia yang menghidap penyakit kencing manis dengan manisan seperti gula-gula. Cool tapi ngeri!
P/S: Ingat ya, bulan-bulan puasa ini banyakkan minum air suam. Air manis pun buat kering tekak je. Jangan sampai tengah hari singgah kedai beli McD sudah! Hehe.

Sweet-Kills-Diabetes_01

Sweet-Kills-Diabetes_02
Sweet-Kills-Diabetes_03

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 10, 2016
Hahah. Air manis jugak larrr yg dicr mslhnye bulan posa cam nihhh