Spesifikasi dan Harga Honda RS150R Dilancarkan Di Malaysia






Pasaran kapcai memang sudah berubah sekarang. Sepuluh tahun lalu, kategori moped underbone atau ‘kapcai’ lebih sebagai sebuah komuter – untuk berulang-alik ke pejabat dan di kawasan rumah.
Sekarang, rakyat Malaysia mahukan lebih dari sebuah kapchai dan kerana itu, ia kini menjadi sebuah produk yang lebih fokus ke arah ‘lifestyle’ atau gaya hidup.
RS150R-4
Kerana itu Boon Siew Honda melancarkan kapcai premium RS150R hari ini, sebagai saingan terhadap pasaran kapcai 150cc.
Negara ketiga melancarkan model ini selepas Indonesia dan Vietnam, Boon Siew Honda (BSH) mensasarkan jualan sebanyak 24,000 unit setahun untuk model RS150R yang dipasang di kilang Boon Siew Honda Batu Kawan ini.
Antara ciri-ciri menarik Honda RS150R ialah:
  • reka bentuk luaran yang agresif
  • lampu depan LED
  • konsep rekabentuk dengan rangka dalam dan exo-skeleton di luar.
  • Enjin 150 cc sejukan cecair DOHC dengan kuasa maksima 15.6 hp dan 13.5Nm
  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Berat motosikal 122 kg
  • Tangki bahan api 4.5 liter
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Dua varian ditawarkan dengan empat warna pilihan – Metallic Red, Repsol, Matte Blue (advance) dan Matte Black (advance).
  • Akan berada di pasaran pada bulan Ogos ini.
  • Harga bermula dari RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST, tanpa insurans)
Kredit - careta 

0 comment... add one now