Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik (Astro Oasis)

Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik
Drama Imam Mudaku Romantik adaptasi dari novel karya Izzah Haneefa akan disiarkan mulai 6 Jun 2016 di Saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD.
Drama Imam Mudaku Romantik menggandingkan Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin sebagai teraju utama. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Faye Kusairi, Rahim Omar, Zarina Zainuddin dan Erwin Dawson.
Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik
Drama Imam Mudaku Romantik yang akan bersiaran selama 16 episod telah diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin jam 9:00 malam.
Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik
Drama Imam Mudaku Romantik mengisahkan tentang seorang pemilik butik bernama Laila Khalisah (Syatilla Melvin) yang mempunyai impian untuk berkahwin dengan seorang imam muda ataupun ustaz. Perkenalannya dengan Muhammad Faqih (Hisham Hamid) begitu merubah kehidupan Laila Khalisah. Muhammad Faqih berjaya menawan hatinya. Lelaki itu ternyata seorang yang romantik. Dia suka membuat kejutan untuk Laila Khalisah, antaranya meletakkan sekeping kad besar dengan tulisan I Love You Laila dan juga lambakan ros merah.
Laila Khalisah dan Muhammad Faqih akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan. Rumah tangga mereka bahagia lebih-lebih lagi bila Laila Khalisah disahkan mengandung anak kembar.
Namun perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran Izham yang merupakan bekas tunang Laila Khalisah. Izham kembali untuk mendapatkan kembali cinta Laila Khalisah sehingga sanggup menabur fitnah.
Apa akan terjadi kepada kesudahan Drama Imam Mudaku Romantik. Akan kekal teguhkah perkahwinan mereka berdua? Jangan lupa saksikan kesudahan drama menarik ini mulai 6 Jun 2016.

0 comment... add one now