Sinki Tersumbat Tahap Kronik? Ini Jalan Penyelesaian Paling Mudah


 
kalau bercakap pasal sinki tersumbat ni memang perkara biasa, mana-mana rumah pun pernah mengalaminya. Kadang-kadang sampai bocor meleleh-leleh air.  Korang tahu kan sinki tersumbat disebabkan oleh sisa makanan yang melekat atau tersangkut dalam saluran? Peringatan, lepas makan, mohon buang terlebih dahulu sisa makanan ke dalam tong sampah. Jangan jadi pemalas ya. Haaa itu salah satu punca sinki tersumbat tau !  Kalau bukan disebabkan sisa makanan, mungkin ianya berpunca dari lapisan minyak dan daki yang melekat pada dinding paip saluran menyebabkan laluan air semakin kecil dan menyukarkan air untuk turun dengan lancar. Kami pasti ramai yang sudah guna taktik ini, tetapi sekadar peringatan kepada sesiapa yang masih belum tahu, berikut merupakan beberapa cara untuk baiki sinki tersumbat tahap kronik tu. 
 
Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan cuka dan baking soda.
 

Bahan – Bahan:
 
Cuka
Baking Soda
Dan semestinya sinki! Heee
 
Cara – cara untuk menjayakannya..
 

Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
 
Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
 
Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
 
Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
 
Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?
 
Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya.. Well tu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki korang.. So kena guna cara yang extreme sikit.
 
Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor.
 
Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi.
 
Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
 
Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.

Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
 
Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!

0 comment... add one now