Shahir Dah Hantar Rombongan Merisik? Ini Penjelasan Sebenar Erra!

erras.transformed_0

GOSIP terdapat hubungan istimewa antara Erra Fazira dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Shahir bukanlah perkara baharu.

Namun gempar juga jadinya, apabila muncul khabar angin mendakwa keluarga Shahir telah pun datang merisik Erra.
Lebih hangat, ada ura-ura menyatakan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri depan.
Bagaimanapun, gosip tersebut ternyata mengejutkan tuan empunya badan sendiri hingga Erra terpaksa tampil menafikannya.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 42, dia sepatutnya lebih tahu hal tersebut jika ianya benar.
ERRA FAZIRA / FESYEN SAFARI MIMOSA RAYA 2015
“Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini.
“Kalau benar ada rombongan merisik, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu sekiranya pihak sana berhajat tentang perkara itu.
“Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan. Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih,” jelas Erra dalam laporan disiarkan mStar Online.
Sementara itu, Erra tidak menafikan dia dan Shahir kerap berhubung secara online.

0 comment... add one now