Sewa Jet RM86 Juta, Ini JAWAPAN Dato Rizal Terhadap YB Rafizi Yang Buat Ramai SETUJU!

Sewa Jet RM86 Juta. Ini JAWAPAN Dato Rizal Terhadap YB Rafizi Yang Buat Ramai SETUJU !!! | Seperti ditulis di FB Dato Rizal (LINK). YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira ‘flying hours’ rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.
1
Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau.
Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.
YB boleh menyemak terma ‘ACT – additional centre tank’ dengan ‘rakan-rakan’ dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).
Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turut membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?
Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa ‘hand-carry’ beg. Begitu juga makanan daripada dapur sendiri dibawa atas pesawat.
Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.
Sebenarnya semua urusan pentadbiran termasuk pesawat, hotel penginapan, pengiring dan sebagainya adalah diuruskan oleh pegawai. Isteri Perdana Menteri langsung tidak tahu menahu pesawat apa yang digunakan, jadual penerbangan, stop-over dan lain-lain. Beliau hanya menuruti jadual yang telah disediakan. KREDIT FB Dato Rizal (LINK)

0 comment... add one now