Serangan Orlando: Siapa Sebenarnya Omar Mateen?

Image result for omar mateen

NAMANYA kini disebut seluruh dunia, namun sayangnya, bukan kerana jasa dan baktinya kepada masyarakat.

Sebaliknya, Omar Mateen menjadi penyebab terpalitnya sejarah hitam buat keluarga 50 nyawa yang terkorban dalam kejadian tembakan di kelab malam gay, Pulse, di bandar Orlando, Florida, Ahad lalu.

Kejadian itu yang turut mengorbankan dirinya, sekaligus meninggalkan tanda tanya; siapa dan mengapa Mateen sanggup bertindak sekejam itu?

Serangan Orlando: Siapa Omar Mateen?


SIAPA OMAR MATEEN?

1. Omar Mir Seddique Mateen, 29 tahun, berketurunan Afghanistan dan dilahirkan di New York.

2. Mempunyai ijazah berkembar dalam bidang Sains dari Indian River State College, Florida.

3. Pernah bertugas sebagai pengawal penjara selama dua tahun, sebelum menyertai sebuah firma keselamatan di Jupiter, Florida, bermula tahun 2007.

4. Pernah berkahwin dengan wanita berketurunan Uzbekistan, Sitora Yusify, pada tahun 2009. Perkahwinan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama empat bulan. Yusify dilaporkan meminta cerai selepas mendakwa bekas suaminya itu mempamerkan ketidakstabilan emosi dan mental, seperti naik marah tanpa sebab, terlalu mengongkong dan kerap memukulnya, selain menghalangnya daripada menghubungi keluarga.

5. Syed Shafeeq Rahman, Imam Masjid Fort Pierce, di mana Mateen sering berkunjung, memberitahu New York Times, Mateen sering memencilkan diri daripada jemaah lain. "Dia paling lewat datang, dan paling awal pulang. Dia tidak berbual dengan sesiapa," kata Syed Shafeeq.

6. Pernah disoal siasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebanyak dua kali pada tahun 2013 dan 2014, atas dakwaan kaitan dengan kumpulan pengganas.

7. Pernah dua kali ke Arab Saudi, namun selepas disiasat, kunjungan itu atas sebab mengerjakan umrah.

8. Mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Image result for omar mateen


MOTIF?

1. Mateen didakwa ada menggunakan aplikasi Jack'd, sebuah aplikasi temu janji golongan gay.

2. Saksi mendakwa kerap kali melihat Mateen di kelab Pulse, di mana kejadian tembakan itu berlaku.

3. Bekas isteri Mateen, Yusify, ketika ditanya NBC News, berkata dia tidak tahu jika Mateen seorang homoseksual. "Dia tidak menunjukkan sifat atau personaliti ke arah itu. Tapi dia jelas ada pendapat tersendiri tentang hal itu," kata Yusify.
4. Bapa Mateen, Mir Seddique, memberitahu NBC News, Mateen sangat marah selepas melihat satu pasangan gay bercumbuan di hadapan anaknya yang berusia tiga tahun ketika berkunjung ke Miami.

5. Namun sukar untuk pihak berkuasa membuat kesimpulan Mateen bertindak sedemikian kerana membenci golongan gay. Ini kerana beberapa rakan sekerja memberitahu, Mateen tidak ada masalah bergaul dengan rakan-rakan dari golongan itu.

0 comment... add one now