Senarai Hadiah Paling Sesuai Diberikan Sempena Hari Bapa

Hadiah paling sesuai diberikan sempena hari bapa. Kasih seorang insan yang bergelar ayah itu sangat bernilai dan tidak harus dilupakan. Bagi menghargai jasa seorang ayah, anda boleh memberikan beberapa jenis hadiah ini yang akan disukai oleh bapa anda.

Senarai Hadiah Sempena Hari Bapa

  • Tali Leher - Bagi seorang ayah yang bekerja dalam pejabat tali leher adalah paling bermakna baginya.
  • Baju T-Shirt Berkolar - Bergantung kepada citarasa ayah anda, ada sesetengah lebih menyukai baju tanpa kolar bagi ayah yang berjiwa remaja.
  • Jam Tangan dan tali pinggang - Bergantung kepada bajet anda. Tidak perlu membeli yang terlalu mahal. Bagi seorang ayah, apabila anaknya membeli harga yang murah sekalipun dia akan tetap menghargainya.
  • Ucapan dan salam - Jika anda masih bersekolah, cukuplah sekadar memberikan ucapan dan salam kepadanya tanda anda mengingati hari Bapa.
  • Membawa makan di restoran - Anda juga boleh belanja ayah anda di restoran sebagai meraikan hari bapa bersamanya.
  • Keluar bersamanya - Luangkan masa bersama ayah anda walaupun anda seorang yang sibuk dengan kerjaya.
  • Mencium tangan ayah - Paling penting adalah hadiah bukanlah segalanya. Cukuplah jika anda mencium tangan ayah anda tanda anda menghargainya.
Semoga senarai di atas membantu anda. Jika anda ingin melakukan sebarang penambahan, sila ajukan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Senarai Hadiah Paling Sesuai Diberikan Sempena Hari Bapa

2 comments.. read them below or add one

Osman Osman Jun 20, 2016
jemput join :)
http://iniblogke.blogspot.my/2016/06/iniblogke-ramadhan16-bloglist.html
ayunie ramli ayunie ramli Jun 21, 2016
belanja makan dah :) hahahhaa.