Senarai fungsi Mykad dan kegunaannya patut anda tahu

Assalamualaikum...

Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai fungsi touch n' go selain bayar tol plaza di highway. Hari ini, diberi kesempatan untuk ceritakan fungsi dan aplikasi Mykad atau IC kita yang sebenarnya banyak kegunaan, rata-rata rakyat Malaysia masih kabur tentang ini.


Mykad suatu teknologi kad pintar kerajaan yang memiliki cip dengan akses yang selamat dan pantas untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran dan lain-lain lagi.

Tahukah anda pelbagai fungsi dan kegunaan Mykad :

1. Mykad sebagai kad pengenalan diri

Sebagai contohnya ia menyimpan identiti diri kita ;
● Nama, alamat, bangsa, status kerakyatan, agama dan cap jari anda.

2. Mykad sebagai dokumen sah lesen memandu

Semua data lesen memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh disemak melalui mykad (perlu lakukan pembaharuan lesen melalui Mykad).

3. Mykad sebagai Kad Transit (Touch n' Go)

4. Mykad sebagai dokumen rasmi untuk program MyKasih

5. Mykad sebagai Kad Ganjaran dan Diskaun melalui program Jom Aktifkan Mykad oleh MykadSmartShopper

6. Mykad sebagai Passport Sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan 'Autogate'

7. Mykad sebagai Dokumen Kesihatan yang menyimpan maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat


Sebenarnya banyak lagi kegunaan Mykad tapi setakat itu saja perkongsian saya. Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web ini Klik sini

Kredit : jpn.gov

0 comment... add one now