Senarai emoji yang dipakai tapi disalah tafsir maksud yang sebenarnya!

zdtmx2sphp3dfz2n8bx5
Penggunaan emoji ketika kita berinteraksi di laman sosial terutamanya Facebook, Twitter dan Instagram sememangnya sangat memberangsangkan! Eh bukan tu je, dalam aplikasi Whatsapp pun sama tau! Mesti ada satu dua emoji akan terselit.
Tapi tanpa kita sedar, ada sesetengah emoji yang kita syok gunakan tu sebenarnya tak menyerupai maksud emoji tu seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, iaitu badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.
Beberapa kali direvolusi mungkin menjadi sebab emoji yang digunakan sekarang ni disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.
Jom kita tengok antara senarai-senarai emoji yang selalu kita pakai tapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud yang sebenarnya.

  • Kecewa tetapi lega
160x160x26-disappointed-but-relieved-face.png.pagespeed.ic._vlXF7uI2k
Sekali pandang emoji ni nampak macam seseorang tengah menangis tetapi maksud sebenarnya adalah tentang perasaan lega selepas berjaya menyelesaikan sesuatu masalah yang mengecewakan.

  • Terkejut
1437151635-astonished-shocked-emoji-x-eyes
Mungkin ramai yang tersalah erti tentang emoji ini kan? Haaa ada yang beranggapan bahawa emoji ni bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut!

  • Tenang
1437170014-emoji-hushed-2
Sekali pandang memang emoji ini seperti seseorang sedang terkejut dengan sesuatu tetapi disebaliknya ia bermaksud ‘tenang’.

  • Terlampau gembira
1437169987-uncomfortable-emoji-2
Emoji ini selalu digunakan ketika awkward moment tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya. Hehe!

  • Ciuman
1437151903-whistling-emojio
Rasanya ramai yang tahu tentang maksud emoji ni kan? Tapi kepada yang masih ragu-ragu tentangnya, tak apa. Kita belajar sama-sama ye. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan bahawa emoji ini nampak seperti orang sedang bersiul, tetapi sebenarnya ia digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Chewah! Tapi ni ciuman ni jenis yang kurang power dari emoji ciuman yang siap ada bentuk hati tu.

  • Menikmati makanan lazat
1437169956-face-food-2
Emoji ini bila digunakan seolah-olah menunjukkan yang anda ni sedang bergurau atau main-main tapi maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda suka!

  • Gadis kaunter pertanyaan
1437152417-information-desk-person
Ehhh gadis ini bukan tengah gaya ‘whatever‘ tau! Tetapi sebenarnya dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya. Mesti anda macam pelik kan? Tak apa, kita pelik sama-sama ye!

  • Kucing keletihan
1437169925-weary-cat-2
Ini bukannya seekor kucing yang tengah terkejut tau, tapi seekor kucing yang keletihan sebenarnya. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keadaan yang sangat letih.

  • Bersemangat
face-with-look-of-triumph
Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang tengah bersemangat, bukan marah!

  • Tidak setuju
pouting-faceEmoji ini bukan bermaksud seseorang itu tengah menunjukkan kemarahan tetapi sebenarnya ia adalah emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam sesuatu hal yang dibincangkan.

Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standard tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. Tapi kalau anda jenis orang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh ke emojipedia.org untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya yang sebenar.
Sumber : siakapkeli

0 comment... add one now