Selepas sotong Paul, video Chickaboo buat ramalan Itali juara Euro 2016

1-1
Ingat tak masa 2010 FIFA World Cup di Afrika Selatan dulu ada sotong dengan nama ‘Paul the Octopus’ yang buat ramalan ke atas permainan dalam liga tersebut?
Masa tu siapa yang layan World Cup mesti pernah dengar sebab sotong ni menjadi satu sensasi yang gempak jugak. Dia berjaya untuk meramal permainan untuk pasukan Jerman yang tepat sebanyak 8 kali!
Gila juga bila fikirkan macam mana haiwan itu boleh ramal secara tepat.
Lepas tu, baru-baru ini Chickaboo pula berlari di atas Lebuhraya Persekutuan. Cantik pula masa perkara ini berlaku di tengah-tengah perlawanan UEFA Euro 2016.
Harith Iskander pula ada idea menarik untuk menggunakan Chickaboo untuk merawal siapakah pemenang UEFA Euro 2016 nanti!
Dalam video ini, Chickaboo meramalkan Itali akan memenangi perlawan UEFA Euro 2016! Kita tunggu dan lihat perlawanan akhir nanti!

0 comment... add one now