Segan Mulut Busuk? Ni Cara Nak Berkesan Hilangkan Bau Mulut



Kalau masuk je bulan puasa mesti ramai orang lebih banyak berdiam daripada bercakap. Bukan sebab nak simpan tenaga tapi sebab segan mulut berbau kalau bercakap. Yelaa, sebab puasa kan. Kumur-kumur banyak kali pun masih juga berbau. Kenapa ya?

Takpe, apa kata korang cuba beberapa cara yang saya sarankan ni. Manalah tahu berkesan dan tak ada lah segan nak borak dengan orang lepas ni. 

1. Gosok gigi dan lidah
Selalu kita gosok gigi je kan? Lepasni gosok lidah sekali sebab sisa kotoran dan bakteria juga melekat pada lidah. 

2. Minum teh hijau
Minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan.

3. Ubat kumur
Lepas gosok gigi, guna pula ubat kumur gigi supaya bakteria di celahan gigi hilang. 

4. Kurangkan makanan manis
 
Makanan manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga sangat ‘dasyat’. Makanan bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan susah untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut yang lain macam. 

5. Minum air mineral
Air mineral atau air kosong sangat penting. Walaupun puasa tetap kena minum 8 gelas sehari. 

Sumber: Hanasuva

0 comment... add one now