SEBAK! Gara-Gara Ibu Bapa Anti Vaksin, Bayi Comel Ini Jadi Mangsa Keadaan..

post-feature-image

Baru-baru ini isu vaksin menjadi perbualan hangat netizen kerana ada yang mempercayai vaksin adalah rekaan golongan tertentu dunia untuk merosakkan umat, dan ada yang percaya vaksin dicipta menggunakan 'benda' tidak halal dan ada yang betul-betul mempercayai kepentingan vaksin untuk mengawal penyakit.

Gara-gara golongan ibu bapa yang anti vaksin ini, anak kecil ini disahkan meninggal dunia. Ikuti kisah yang dikongsi oleh Rohaida Ramli mengenai anaknya yang baru berusia 59 hari tetapi kerana tidak mendapatkan vaksin ini yang terjadi. 

Semoga kisah ini sedikit sebanyak membuka mata sesetangah mereka yang anti vaksin ini di mana sebelum ini mereka merasa was-was kandungan dalam vaksin.

Berikut perkongsian dari beliau. 

Pertama sekali Al Fatihah untuk puteri kesayanganku Nur Hanny Saffiya yang telah kembali kepada penciptanya pada 21 November 2015 lalu pada usianya baru 59 hari.

Ibu dan ayah redha dengan ujian ini, satu kehilangan sangat menyedihkan. Sekelip mata segalanya berubah di mana hasil dari 'results' mendapati anak saya dijangkiti batuk kokol -patosis dari antivaksin.

Sangat mengejutkan kerana tidak sempat Hanny mendapat vaksin untuk bayi 2 bulan, keadaannya amat tenat dan yang paling memilukan selama 2 minggu saya menjaganya di hospital, saya terpaksa melihat Hanny dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Batuk yang berpanjangan sehinggalah Hanny diberi mesin bantuan pernafasan, namu akhirnya Hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir 2 minggu.

Saya tidak dapat bercerita lagi kerana sebak bila mengingatinya, amat penting vaksin untuk anak, sedarlah ibu bapa diluar sana, berilah anak anda vaksin, jangan sidebabkan kedegilan anda, anak-anak akan menjadi mangsa.

0 comment... add one now