Rupa-Rupanya Dalam Diam Awie Sudah Bertunang? Bukan Calang-Calang Orang Tunangnya!

post-feature-image

Sebelum ini kecoh apabila penyanyi Zamani Slam bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Tapi berita yang lagi mengejutkan apabila lagenda rock tanah air, Awie rupa-rupanya sudah bertunang dengan pilihan hati.

Ianya kecoh apabila beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka yang diadakan secara tertutup telah tersebar meluas di laman sosial. Walaupun kemelut dengan bekas isterinya, Rozana Misbun masih belum selesai, tanpa disangka Awie sudah menjadi tunangan orang. 

Sekeping gambar wanita itu diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Rupa-Rupanya Dalam Diam Awie Sudah Bertunang? Perghh...Bukan Calang-Calang Orang Tunangnya!

Malah, tunang beliau yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana bekerja di dalam sebuah syarikat penerbangan yang dikenali beberapa tahun yang lalu. Berkemungkinan Lady seorang pramugari. 

Awie memilih Lady kerana sikapnya yang penyayang terhadap kedua anak-anak beliau. Bukan itu sahaja, ada juga dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Lady bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Memetik daripada laporan Berita Harian, majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu. 

Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Bagaimanapun, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, tahniah diucapkan kepada Awie dan pasangan. 

0 comment... add one now