Resipi menu sajian sahur yang cepat dan mudah

Pabila makan sahur tidak semestinya kita perlu mengambil makanan yang berat seperti nasi berlauk, mi goreng atau seumpamanya. Bersahur sebenarnya cukup dengan sajian yang ringkas tetapi menyediakan tenaga berpanjangan.



Sempena bulan puasa ini, saya mahu berkongsi resipi untuk sajian sahur yang cepat dan mudah untuk anda cuba.

Roti Bersalut Peanut Butter dan Pisang

peanut butter & banana bread

Bahan-bahan:
  • 2 sudu peanut butter
  • 1 sudu teh madu
  • Garam
  • 2 keping roti penuh gandum yang dibakar
  • 1 biji pisang dihiris

Cara-cara:
  1. Campurkan jem peanut butter, madu dan garam dalam sebiji mangkuk. Kacau sebati.
  2. Sapukan campuran tersebut ke atas kepingan roti yang sudah dibakar. Letakkan hirisan buah pisang ke atas sapuan jem campuran tadi.
  3. Hidangkan ketika sahur.

Roti Keju Berserta Kacang Panggang

bread with baked beans and cheese

Bahan-bahan:
  • 2 sudu kacang panggang
  • 1 keping roti penuh gandum dibakar
  • 1 sudu keju yang telah dihiris halus

Cara-cara:
  1. Tuang kacang panggang ke atas roti yang siap dibakar. Taburkan hirisan keju.
  2. Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro pada suhu yang tinggi sehingga keju cair dan kacang panggang cukup panas selama 45 saat.
  3. Hidangkan ketika sahur bersama jus mangga atau susu.

Telur Scrambled Berserta Sayur Bayam

scrambled eggs with spinach and mushroom


Bahan-bahan:
  • 2 potongan roti bawang putih (garlic bread)
  • 1/4 cawan hirisan cendawan
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 cawan bayam segar
  • Sebiji telur dan 1 biji putih telur, dipukul
  • 2 sudu keju dicincang halus
  • 1 sudu  tomato kering (sun-dried) yang dicincang

Cara-cara:
  1. Bakar potongan roti bawang putih di atas kuali.
  2. Tumis cendawan bersama serbuk lada hitam di atas kuali dengan api sederhana.
  3. Masukkan sayur bayam dan kacau selama 1 hingga 2 minit sehingga ia masak.
  4. Tambah telur serta tomato dan kacau selama 2 minit.
  5. Hidangkan serta-merta.

kredit - EH

0 comment... add one now