Resipi kek cawan kelapa bersirap lemon mudah dan ringkas

resipi

Hidangan pencuci mulut atau pun manisan adalah satu kemestian kala tibanya bulan puasa. Apatah lagi dikala berhari raya. Ia tidak sah jika tanpa hidangan manisan ini. Adanya, ramai yang mengambil masa kala musim perayaan ini untuk mencuba pelbagai resipi buat hidangan bersama ahli keluarga.

Saya kongsikan resipi mudah dan ringkas dari Ayam Brand iaitu resipi kek cawan kelapa bersirap lemon yang pastinya menyelerakan. Jom cuba!

Bahan-bahan

  • 270ml santan kelapa Ayam Brand
  • 250g mentega
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2/3 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung penaik

Sirap

  • ¼ cawan jus lemon
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
  2. Campurkan mentega, parutan lemon dan gula didalam satu mangkuk besar. Pukul menggunakan pemukul atau pengadun elektrik sehingga berkrim.
  3. Akhir sekali, gaulkan kelapa, setengah daripada tepung dan setengah daripada santan, kemudian masukkan setengah bahagian lagi daripada bahan-bahan tadi.
  4. Masukkan adunan kedalam bekasnya. Bakar selama lebih kurang 30 minit sehingga warnanya bertukar coklat keemas – emasan.
  5. Sementara itu, untuk membuat sirap lemon, campurkan jus lemon, air dan gula kedalam periuk kecil. Gaul sehingga mendidih. Apabila kek sudah siap dibakar, keluarkan daripada oven. Tunggu 5 minit dan letak di atas rak. Sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now