Resipi biskut raya Chocolate Chip yang mudah hari raya

resipi biskut
Gambar : shutterstock

Jika anda terlupa atau terlepas pandang tentang persiapan menyediakan kuih raya, jangan bimbang,  saya kongsikan resipi biskut raya Chocolate Chip yang mudah. Proses menyediakannya hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk menyiapkanya, rasanya pula dijamin sedap dan rangup!

Bahan Bahan:
70 gram gula kastor
70 gram gula perang
150 gram tepung gandum (Saya gunakan tepung gandunm cap kunci)
100 gram mentega (saya gunakan buttercup)
1 camca teh perisa vanila
1 camca teh soda berkabonat
1 biji telur
150 gram coklat chip (jumlah boleh diubah mengikut selera)
150 gram badam yang dicingcang  (jumlah boleh diubah mengikut selera)

Cara-cara :
  1. Dengan mengunakan mesin pemukul, pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukan telur dan pukul sehinga sebati.
  3. Ayak tepung bersama soda berkabonat kemudian masukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit.
  4. Apabila adunan sudah sebati, gaulkan bersama cip coklat dan badam yang sudah dicincang.
  5. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit sebelum dibakar.
  6. Senduk separuh dari sudu teh adunan ke dulang pembakar setiap satu.
  7. Pada suhu 160C bakar biskut selama 20-25 minit.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 03, 2016
sedapnyee. cam famous amousss