Resepi Kek crepe trending puasa tahun ini!

Kek bukan saja untuk sambutan hari lahir, ia juga dihidangkan pada semua jenis majlis. Pada Ramadhan kali ini, apa kata kita buat sikit kelainan, kita hidangkan tetamu kek Crepe. Kek Crepe ni banyak lapis, boleh buat macam-macam cara, dan yang pastinya boleh buat pelbagai warna untuk santapan di hari raya.. bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun pasti sukakannya.  Meh tengok rupa crepe kek ni dengan resipi dia, mana la tau kan bulan puasa ni nak try buat.
 

 


 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk Resipinya.. Selamat mencuba!
 
Untuk Crepesnya
 
6 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim
1 sdt esen vanilla
4 sdb mentega cair
 
 
Satukan semua bahan blend, tapis dan sejukkan dalam fridge semalaman atau sekurang-kuranya 1/3 jam
Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan satu senduk adunan dan lenggang seperti membuat kuih dadar. Sejukkan,
 
Untuk Pastry Cream
 
1 ½ cawan susu
3 biji telur
½ cawan maple sirap grade B
¼  cawan tepung jagung
½ whipping cream
½ sudu gula ising
 
Masukkan susu, telor tepung jagung dan maple syrup..masak atas api kecil sehingga pekat..angkat dan sejukkan Putarkan krim dan masukkan gula ising. Masukkan krim ke dalam adunan kastad dan gaul sehingga rata.


Untuk menyiapkan kek Serbuk oreo - boleh dibeli yang siap atau beli biskut dan kisar letak lapisan pertama sapu krim dan tabur oreo/ atau pun serbuk oreo boleh disatukan dengan krim 


Ulangi proses sehingga habis semua crepes..biasanya dalam 20 - 25 lapisan.
 
*credit resipi - Patyskitchen.blogspo

0 comment... add one now