Resepi kek coklat mudah hanya menggunakan periuk nasi

chocolatecolacake_7614_16x9

Ramai yang tidak tahu bahawa pelbagai resepi yang anda boleh hasilkan dengan periuk nasi anda. Mesti pelik kan? Tetapi ini adalah realitinya!
Yang paling penting, resepi-resepi ini tidak melibatkan nasi langsung. Hurm..Bagaimana tu. Jom lihat resepi kek coklat ini yang anda boleh cuba di rumah, dengan menggunakan periuk nasi anda!

Kek coklat

03-Rice-Cooker-Chocolate-Cake
Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air
Cara menyediakan:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.
Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 13, 2016
mintak resepi ye :) bleh try untuk raya ni :)