Rahsia Perbezaan fungsi kerja otak lelaki dan wanita

LELAKI dan wanita diciptakan oleh Tuhan dengan perbezaan. Begitu juga sistem kerja otak lelaki dan wanita. Berikut lima perbezaan fungsi kerja otak lelaki dan wanita yang dilaporkan oleh Healthmeup, Jumaat (17/4/2015).

Komunikasi 

Wanita lebih baik dalam berkomunikasi dengan seseorang kerana melibatkan emosi. Di dalam sistem kerja otak wanita, lobus frontalis bertanggungjawab sebagai penyelesai masalah, korteks limbik yang cenderung lebih besar daripada sistem kerja otak lelaki.

Sensasi sakit 

Otak lelaki mempunyai toleransi jauh lebih tinggi untuk merasakan rasa sakit daripada wanita. Namun, otak perempuan akan menimbulkan toleransi rasa sakit misalnya semasa menjalani proses persalinan bayi. Dari sebuah kajian, sejauh ini tiada otak lelaki yang pernah tercatat boleh bertolak ansur dengan sesuatu perkara untuk merasakan tahap rasa sakit.

Logik 

Aliran darah dan kegiatan otak 

Otak perempuan mengalami kerumitan dan mudah mengenang masa lalu berbanding lelaki. Hal ini disebabkan kerana aliran darah semula jadi yang lebih besar di seluruh otak pada waktu tertentu yang dikenali sebagai gyrus cingulate. Dalam kehidupan seharian, lelaki selalu mencerminkan memori emosi, menganalisa suatu masalah dan mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, kenapa kita sukar menjumpai lelaki yang jarang stress dalam kehidupannya.

Kimia 

Beberapa bahan kimia saraf yang sama-sama diproses oleh otak lelaki dan wanita, mempunyai perbezaan dalam sistem sambungan yang tertentu. Bahan kimia itu adalah hormon serotonin, testosteron, estrogen, oxytocin, zat kimia yang mempengaruhi kehidupan seseorang. Kerana perbezaan ini, lelaki lebih cenderung bergerak aktif berbanding wanita yang mudah penat.

0 comment... add one now