Proton Nafi Dakwaan Kereta Keluarannya Akan Terbakar Atau Rosak Jika Guna Jump-Start


Sebelum ini tersebar di laman sosial sebuah notis yang kononnya dikeluarkan oleh pusat servis kenderaan milik Proton di mana notis itu mendakwan beberapa kereta keluaran Proton tidak boleh menggunakan 'jump start' atau jumper kerana boleh menyebabkan Unit Kawalan Transmisi (TCU BOX) akan rosak atau terbakar.

Dua keping notis yang tersebar

Berikutan penyebaran notis ini, pihakProton telah tampil menafikan perkara ini melalui satu kenyataan.

Menurut pihak Proton, segala yang terkandung di dalam notis yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walaubagaimanapun, seperti OEM seperti kereta-kereta lain, kereta keluaran Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa

Kerana ini pihak syarikat pengeluar kenderaan nasional ini telah menyertakan panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini mereka memberi jaminan yang kereta keluaran mereka adalah selamat untuk dihidupkan menggunakan 'jumper' selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Berikut adalah prosuder yang betul untuk melakukan jump-start

- Sterminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.

- Tapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.


Berikut pula merupakan langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan buku panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :


  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.


Untuk maklumat lebih terperinci, pemilik kenderaan Proton dinasihakan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan sebarang bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton akan memastikan syarikatnya akan sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Sebarang pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.  

0 comment... add one now