Petua dan Cara Mengatasi Perut Kembung Dengan Herba


Walaupun semua orang pernah merasai perut kembung, ada sesetengah orang yang kerap mendapatnya. Ada kalanya, angin yang berlebihan di dalam perut ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan rasa sakit.
Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah perut kembung ini – hanya dengan mengubah sedikit diet/pemakanan anda! Pada masa yang sama, cara ini boleh membantu sistem pencernaan anda.
Berikut adalah beberapa petua dan cara mengatasi perut kembung yang anda boleh mula beramal dalam 24 jam.

Mengatasi Perut Kembung dengan Herba

Terdapat banyak herba yang anda boleh gunakan untuk mengatasi perut kembung dan mengeluarkan angin. Antara herba yang anda boleh guna adalah:
  • Halia
  • Kayu manis
  • Pudina
  • Bawang putih
Semua herba ini boleh memberikan kesan “carminative” untuk membantu mengeluarkan angin, terutama halia.
Kajian mendapati bahawa halia boleh membantu sistem penghadaman, yang mana memainka peranan yang sangat penting kerana sekiranya perut anda cepat memproses makanan, maka angin akan mudah bergerak – lantas mengurangkan rasa sakit perut.

Guna Probiotik Untuk Atasi Perut Kembung

Pengambilan probiotik juga boleh membantu sistem pencernaan dan mengurangkan angin berlebihan di dalam perut. Probiotik adalah mikroorganisma yang hidup, biasanya merujuk kepada bakteria baik, sama seperti bakteria yang terdapat di dalam perut manusia.
Probiotik boleh di dapati dalam bentuksupplement, namun makanan-makanan berikut boleh diadikan alternatif kerana turut mengandungi kadar probiotik yang mencukupi:
  • Yogurt
  • Tempeh
  • Kimchi
  • Sauerkraut
  • Buttermilk
  • Miso
Menurut satu kajian yang disiarkan dalam Journal of Clinical Gastroenterology pada tahun 2011 mendapati bahawa probiotik Lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium lactis boleh mengurangkan masalah perut kembung pada 60 peserta kajian, dalam jangka masa 8 minggu.

Kaitan Di Antara Angin, Tekanan dan Probiotik

Angin atau gas boleh bertambah teruk jika kita dalam keadaan tertekan/stress. Biasanya orang yang kerap resah lebih cenderung untuk mendapat perut kembung, cirit-birit atau sembelit.
Sekiranya rawatan dengan pemakanan tidak membantu, maka bolehlah bertukar kepada rawatan terapi dan sebagainya, ia mungkin boleh membantu.
Kajian mendapati bahawa perut, otak dan probiotik sangat berkait.
Tekanan hidup boleh mengganggu kestabilan perut. Dengan mengawal tekanan atau stress itu, anda boleh memperbaiki sistem pencernaan perut.

Ubatan Di Kedai Turut Membantu

Produk-produk yang terdapat di kedai-kedai runcit atau farmasi untuk mengatasi perut kembung biasanya mengandungi simethicone, atau enzim (alpha-galactosidase) yang mana boleh membantu memecahkan makanan yang sukar dihadam seperti kacang dan sesetengah jenis sayuran.
Walaupun beberapa orang mendapati ubat seperti ini berkesan, namun ada juga yang sebaliknya.
Alpha-galactosidase mengandungi enzim gula yang badan kita kurang – berguna semasa ingin mencerna kacang atau sesetengah jenis sayuran. Tetapi enzom ini tidak memberikan kesan yang nyata kepada gas yang dihasilkan oleh serat dan laktosa.

0 comment... add one now