Peringatan untuk selalu bersyukur dengan rezeki yang kita ada!

rezeki
Siapa yang bekerja untuk mencari rezeki mesti pernah melalui zaman kesempitan wang kan?
Maklumlah, kadang-kadang musibah yang datang menimpa bertubi-tubi. Macam-macam ujian yang diberikan Tuhan. Tanpa mengira bangsa, Cina, Melayu mahupun India, kita percaya yang rezeki itu datang dari Tuhan.
Cuma kadang-kadang kita terlupa, dalam kesusahan kita itu, doa, usaha ikhtiar dan tawakkal yang membantu kita. Jadi, amalkan lah selalu berasa bersyukur dan percaya terhadap kuasa Tuhan dalam memberi rezeki.
Dan kita juga perlu ingat bahawa rezeki itu bukan datang dalam bentuk wang Ringgit semata-mata. Badan yang sihat, otak yang bijak, keluarga bahagia, anak yang soleh, itu semua juga rezeki dari-Nya.
Kita perlu fahami konsep bahawa Tuhan juga seperti manusia yang mulia. Jika orang memerlukan bantuan, kita akan cuba untuk menolongnya. Sama juga dengan Tuhan, jika umat-Nya memohon doa terhadap-Nya, pasti Dia akan menolong kita.
P/S: Sedikit peringatan setelah membaca satu entri dari Facebook netizen di bawah ini yang menyebut tentang kesyukuran terhadap rezeki dari Tuhan. Bagi mereka yang beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa dan kepada yang bukan beragama Islam, selamat menyambut Hari Bapa!

0 comment... add one now