Peniaga Ni Kongsi Tips Pilih Air Soya Sedap Di Bazar Ramadan



SEORANG peniaga yang berpengalaman 14 tahun menjual air soya, berkongsikan cara mengenal pasti sama ada air soya yang mahu dibeli berkualiti dan sedap, atau pun tidak.

Izzat Ismail yang turut berniaga air soya di bazar Ramadan bersama ayahnya setiap kali bulan puasa, memberikan tips berguna ini menerusi akaun Facebook miliknya.
Penggemar air soya, bolehlah semak tip yang dikongsikan Izzat di bawah ini..
1. Perhatikan sama ada terdapat atau tidak bekas air gula di atas meja peniaga tersebut.
Pemuda Kongsi Tips Untuk Beli Air Soya
2. Goncang dahulu bungkusan air soya yang hendak dibeli.
Pemuda Kongsi Tips Untuk Beli Air Soya
Izzat berkata, air soya yang dijual bersama ayahnya setakat ini tidak pernah menerima aduan daripada pelanggan malah pelanggan dibenarkan datang pulang semula kalau tak sedap.
Pemuda Kongsi Tips Untuk Beli Air Soya
Menurut pemuda berasal dari Negeri Sembilan ini lagi, ayahnya ada berpesan supaya buat sedap-sedap macam diri sendiri atau ahli keluarga yang nak makan jika mahu perniagaan jadi lebih berkat dan pelanggan pun puas hati.
Apa pun, sikap tak lokek ilmu macam Izzat pun satu amalan yang baik dan Insya-Allah bakal memberikan kebaikan kepada dirinya jua. 

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 18, 2016
Bagus bagus. Cam gini yang kita nakkk ni tak balik dah tawarr 😴