Pelumba Moto2 Sepanyol, Luis Salom maut di Litar Catalunya







Tragedi telah menimpa Luis Salom dari pasukan Moto 2 SAG apabila beliau terjatuh di selekoh 12 pada hari Jumaat 3 Jun 2016 di Gran Premi Monster Energy de Catalunya sewaktu sesi Latihan Bebas 2.  Salom telah dirawat oleh kakitangan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Umum Catalunya untuk dibedah sejurus tiba tetapi malangnya telah meninggal dunia sewaktu pembedahan berlangsung.
Pasukan perubatan yang di tempat kejadian mendapayi pelumba itu sedang menghadapi serangan jantung. Intubasi saluran pernafasan dan bantuan pernafasan (CPR) di segera diberikan melalui tekanan dada di tepi litar selama 18 minit, tetapi setelah mengambil kira keadaan yang mengancam Salom, keputusan telah diambil untuk menghantarnya ke hospital melalui ambulans. Rawatan CPR berterusan untuk 40 minit sewaktu pemindahan ambulans, tetapi ketepuan oksigen dalam darahnya telah merosot.
Setibanya di Hospital Besar de Catalunya pada jam 4:10 petang beliau  segera dipindahkan ke wad kecemasan dan telah dipindahkan ke dewan bedah untuk menjalani pemeriksaan laparotomi oleh pasukan pembedahan.
slide_491946_6788966_compressed urlw
Salom telah diisytiharkan meninggal dunia pada jam 4:55 petang. Siasatan terhadap prosedur pemindahan di tempat kejadian, pengangkutan ke Hospital General de Catalunya, dan penerimaan pesakit di hospital telah diiktiraf berada pada standard yang tertinggi.

0 comment... add one now