Pelik Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Berkahwin Dengan Telefon Pintar




Sebenarnya dah banyak kejadian aneh dan tidak masuk akal ini berlaku. Ada yang kahwin dengan anak patung, Kambing dan sebagainya pernah berlaku dekat dunia ni. Terbaru, viral apabila seorang lelaki dari Los Angeles, mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya. Pelik bukan?
 
Lelaki yang dikenali sebagai Aaron Chervenak ini melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja kecil di Las Vegas untuk menyempurnakan majlis perkahwinannya.
 
Gereja tersebut juga dikatakan terkenal dengan majlis perkhawinan yang pelik dan tidak masuk akal. Jelas Chervenak, telefon pintar merupakan keutamaan penting dalam hidupnya dan mustahil dia dapat hidup tanpa telefon pintar tersebut.
 
“Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.
 
“Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,

Apa yang penting, majlis itu turut dihadiri tetamu dan diiringi dengan paderi malah perkahwinan itu berlangsung sama seperti manusia normal berkahwin.

0 comment... add one now