Pelepasan khas penjawat awam pada 8 Julai jika Aidilfitri diisytihar 6 Julai

Pelepasan khas penjawat awam pada 8 Julai jika Aidilfitri diisytihar 6 Julai - KSN

 Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016, kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, dalam satu kenyataan hari ini.

“Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016. 

“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya Cuepacs.

Sehubungan ini, tambah kenyataan itu, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.
Tambahnya, penjawat awam diharapkan dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas berkenaan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dapat memberi perkhidmatan terbaik dan produktif sejurus kembali bertugas.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 03, 2016
untunggggg. bank tak bagiii :'(