Panduan cara menempah nombor plat pendaftaran kenderaan

RM. 2 huruf tu saja boleh bernilai hampir mencecah RM7 juta. Itu adalah nilai tender untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis daripada seramai hampir 1,507 pembida di seluruh negara. Juga merupakan nilai bidaan tertinggi yang pernah diterima oleh JPJ Perlis setakat ni. Senyum sampai ke langit geng-geng JPJ dengan huruf “RM”.
Persoalannya bagaimana cara tempah atau beli no plat pendaftaran kereta

Berminat Nak Masuk Tender Nombor Plat JPJ Tapi Tidak Tahu Bagaimana Caranya?
Bagi korang yang berminat cara yang paling mudah adalah dengan mengupah agen sebagai wakil korang. Ianya sungguh menjimatkan waktu. Korang sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan tandatangan mana-mana yang patut. Yang lain agen yang uruskan. Mudah Bukan! Cuma perlu keluar kos tambahan sebagai upah mereka.
Korang yang sukakan cabaran, berdikari, jimat kos atau nak dapat pengalaman bolehlah cuba buat sendiri ikut panduan yang aku sediakan. Sebenarnya ada 3 cara untuk korang dapatkan nombor plat sendiri.
(1) Mohon cara tawaran
(2) Mohon cara pilihan
(3) Mohon cara kelulusan khas
Dalam entri ni, aku hanya akan ceritakan cara pertama iaitu mohon tempahan nombor pendaftaran kenderaan dengan tawaran.

Apa Dokumen Yang Perlu Ada?

1. Pertama sekali, korang perlu tahu apa nombor pendaftaran yang korang nak dan bila nombor tu akan dibuka untuk tender. Korang boleh semak di laman web JPJ untuk tahu bila aktiviti dan tarikh-tarikh tender ditawarkan. Klik link Aktiviti dan Tender JPJ untuk mengetahuinya.
Aktiviti dan Tender JPJ
2. Bila tender nombor pendaftaran kenderaan dah dibuka, bolehlah korang mulakan langkah membida. Muat turun borang M.V.10 dengan klik link di bawah:
Isi borang selengkapnya. Cuma item nombor 9 dan 10, korang biarkan kosong dulu.
Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ M.V.10
3. Korang beli 2 jenis sampul surat. Satu jenis yang saiz A4 dan yang lagi satu sampul saiz biasa. Korang beli juga setem RM1 sekeping. Setem tadi korang lekat kat sampul surat bersaiz biasa. Tulis siap-siap nama dan alamat korang. Sampul surat biasa ni, korang pastikan jangan seal. Bukan apa nak memudahkan pihak JPJ masukkan surat keputusan dalam tu nanti.
Sampul surat saiz A4 pula, korang tulis kat depan sampul dengan perkataan“TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN (No Plat Yang Korang Bida)”. Sebagai contoh: TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN RM####.
4. Dah siap, korang buat salinan Kad Pengenalan sekeping.
5. Lepas tu, pergi ke sama ada pejabat pos atau bank untuk buat deposit tempahan. Kalau kat pejabat pos, korang boleh pilih nak buat kiriman wang atau wang pos. Manakala kalau kat bank, korang buat bank draf. Paling penting pastikan atas nama “KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA”.
Nilai tunai hendaklah 50% daripada nilai bidaan yang ingin korang tawar bagi mendapatkan nombor plat yang korang nak. Contoh: jumlah penuh korang nak bida ialah RM500. Jadi korang hanya perlu buat RM250 (Separuh daripada jumlah penuh).

Proses Seterusnya Bida Nombor Plat Kenderaan

1. Korang bawa semua dokumen tadi dan pergi ke JPJ. Sampai di sana, korang ke kaunter beritahu nak bayar yuran perkhidmatan nombor tender dan ambil nombor giliran.
2. Tiba giliran korang, bayar sebanyak RM10 untuk bayaran perkhidmatan dan dapatkan resit.
3. Tulis nombor dan nilai wang kiriman/wang pos/bank draf kat item no 9. Tulis juga nombor resit perkhidmatan yang baru korang buat tadi kat item no 10. Semua ni korang buat kat borang M.V.10.
4. Korang masukkan borang M.V.10 yang dah diisi, salinan kad pengenalan, resit bayaran perkhidmatan, sampul surat bersetem yang beralamat sendiri serta wang pos/kiriman wang/bank draf ke dalam sampul surat saiz A4. Sealkan elok-elok.
5. Semua setel, pergi cari kotak atau peti tempahan untuk memasukkan sampul surat permohonan saiz A4 tadi. Kalau tak jumpa, korang tanya je staf-staf JPJ yang berdedikasi untuk tolong korang.
6. Keputusan sama ada korang dapat atau tidak selalunya ambil masa 2 minggu sehingga ke sebulan baru tahu. Korang akan dapat sampul surat yang korang sertakan sebelum ni berserta surat keputusan bila “result” tender dah keluar. Kalau berjaya, tepuk sikit bahu korang sebagai tanda syabas!
7. Dah dapat, apa lagi bayar baki nilai tawaran yang korang bida kat JPJ. Tak perlu buat wang pos/kiriman wang/bank draf sekali lagi. Korang bayar je pakai cash. Yang pasti sila bayar dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat keputusan tender.
Ok Bye.


0 comment... add one now