Pakar sahkan bahaya pakai seluar skinny jeans kepada penggemar fesyen

Tahukah seluar skinny jeans boleh rosakkan otot dan saraf di kaki? PERHATIAN kepada penggemar fesyen dan pengikut trend industri fesyen terkini, seluar skinny jeans yang kian popular sekarang dikatakan boleh memudaratkan kepada si pemakai.


Amaran ini telah dikeluarkan oleh doktor sendiri selepas terdapat kes seorang wanita yang memakai seluar jenis itu tidak boleh berjalan selama 4 hari tanpa bantuan. Akibat seluar skinny jeans ketat itu doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada otot serta saraf di kakinya.

Terdapat lagi satu kes, pemakai seluar skinny jeans berumur 35 tahun kakinya telah membengkak dan seluar yang dipakainya itu terpaksa dipotong untuk rawatan. Ia berpunca dari skinny jeans, yang terlalu ketat beri tekanan si pemakai dan amaran ini dikeluarkan oleh Jurnal Neurologi dan Neurosugeri.


Siapa tidak gemar memakai skinny jeans dari orang biasa, bintang Hollywood sehinggalah isteri kepada Putera Williams, Kate Middleton gemar memakai skinny jeans.

Tapi harus diingatkan bahawa seluar yang sendat dan padat boleh memudartkan kesihatan si pemakai dan bukti kes kejadian yang alami menjadi iktibar kepada yang suka memakai seluar ini.



0 comment... add one now