Ngeri Inikah Pekerjaan Paling Bahaya? Uji Jambatan Kaca

NGERI dan mungkin inilah pekerjaan yang paling bahaya di dunia yang dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan di China iaitu menguji ketahanan jambatan kaca sepanjang 430 meter yang tergantung pada ketinggian 300 meter.

Sukarelawan terbabit menguji kekuatannya dengan menggunakan penukul dan turut memandu kereta di atasnya bagi memastikan jambatan kaca yang terletak di pergunungan Yuntai, di Henan itu benar-benar kukuh sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada 20 September ini.
Inikah Pekerjaan Paling Bahaya? Uji Jambatan Kaca
Ketika mengujinya, salah seorang sukarelawan sempat menjerit `saya sayang ibu’ sebelum memukul jambatan kaca terbabit dengan penukul.
Meskipun mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan namun ia tetap menggerunkan, apatah lagi ketika berada di atas ketinggian berkenaan.
Ujian keselamatan itu dilakukan bertujuan meyakinkan orang ramai selepas jambatan sama yang dibina di wilayah berkenaan terpaksa ditutup tahun lepas selepas panelnya retak.

0 comment... add one now