Ngeri! Gunting tertusuk ke kepala anak, tindakan bapa acah menakutkan anaknya

gunting
Malang tidak berbau. Benda-benda tajam macam pisau, gunting, parang janganlah dibawa main. Bahaya!
Di Shanghai seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, terpaksa menjalani satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting yang tertusuk sedalam 15cm di bahagian kepalanya.
Tindakan si bapa cuba menakutkan anaknya itu supaya dia membuatkan kerja sekolah bertukar menjadi tragedi apabila gunting yang digunakan untuk mengacah anaknya terlucut dari tangan lalu tertusuk ke kepala sehingga ke otak anaknya.
Difahamkan, gunting itu secara tidak sengaja terlucut dari tangannya yang licin pada ketika itu kerana baru sahaja selesai mencuci ayam.
Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil namun tidak mengingati kejadian tersebut.
Menurut ibu kepada kanak-kanak malang itu, suaminya cuma hanya mahu menakutkan anaknya dan dia tiada niat untuk menyakitinya.
dd106948-5ad9-47a5-af74-177958b0fd61
a1d54c20-4890-4449-9f91-96e96c1196dd
4226fb7b-126f-471d-a06f-6921f8e4718b
1424cc4a-f6d6-4f6a-9259-e5506e3ad24d

Sumber: Shanghaiist

0 comment... add one now