Netizen Tertipu Dengan Video Rasuk Filem The Conjuring 2 Di Pawagam!

Screen Shot 2016-06-15 at 2.03.17 PM
Sejak petang semalam, kecoh tentang penyebaran sebuah video di laman sosial yang menunjukkan kononnya seorang wanita telah dirasuk ketika menonton filem seram terbaru, The Conjuring 2 di dalam sebuah pawagam di Malaysia. 
Video berkenaan menjadi viral dan tersebar pantas di mana dalam enam jam dimuatnaik, ia telah dikongsi sebanyak 18,000 kali oleh netizen.
Rata-rata netizen mempercayai video berkenaan wanita itu dirasuk ketika menonton filem The Conjuring 2 di mana ramai yang teruja, tetapi ada juga yang sedar video berkenaan merupakan video lama iaitu dipercayai kejadian semasa menonton filem Highland Tower pada tahun 2013 lalu.
2Video berkenaan telah dimuatnaik oleh pihak penerbitan MiG iaitu syarikat penerbit filem Highland Tower pada 6 November 2013 lalu di mana katanya kejadian berlaku di Brunei.

0 comment... add one now