Netizen terkejut aksi burung unta lari di kesesakkan Lebuhraya Persekutuan



NETIZEN di laman sosial hari ini dikejutkan dengan rakaman aksi seekor burung unta yang sedang berlari di tengah-tengah kesesakkan Lebuhraya Persekutuan menuju ke susur keluar Bangsar.
Video dan foto kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan dikongsikan pengguna Twitter sebentar tadi.
Rata-rata orang ramai keliru bagaimana burung tersebut berada di lokasi kejadian.

Macam mana boleh ada Ostrich (burung unta) terlepas  di Federal Highway? Siapa punya ni?” kata Mohd Khairul yang binggung melihatkan aksi burung berkenaan.
Sangat cute! Dia pandai tukar lorong pergi lorong kanan sekali, sesak teruk sebab dia tadi. Haha,” kata Uzmira yang pada masa sedang menggunakan lebuh raya berkenaan.
Turut kelihatan kenderaan di belakangnya terpaksa dipandu perlahan bagi mengelakkan terlanggar dengan haiwan itu.
Larian burung unta dikatakan mampu mencecah kelajuan 69 kilometer per jam dan dengan ketinggian 9.2 kaki. 

0 comment... add one now