Netizen Kecoh Kemunculan Imej Serupa 'Wajah' Di Gunung Kinabalu Kini Jadi Viral


Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan puncak St John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial.

Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran 'wajah' dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung.

"Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara," katanya.

Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan 'wajah' itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Yassin berkata pembentukan 'wajah' berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu.

0 comment... add one now