Netizen Brunei Marah Doktor Malaysia, Sultan Dikata ‘Kaya Nak Mampus’

sultan_new_year_2016

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Demikian yang terjadi kepada seorang individu yang dikatakan seorang doktor di Malaysia.

Gara-gara memuat naik status berunsur ‘sarcasm’ terhadap Sultan Haji Hassanal Bolkiah, laman Facebook individu berkenaan diserang netizen dari Brunei.
Terdahulu, individu berkenaan telah memuat naik satu status bagi membandingkan bayaran bonus raya yang diberikan kerajaan Malaysia kepada kakitangan awam  negara ini dengan Brunei.
Ianya mungkin tidak akan diberikan perhatian oleh netizen sana langsung, melainkan kerana status tersebut menggunakan ayat yang didakwa kurang sopan iaitu ‘kaya nak mampus’ terhadap baginda.
Justeru warga Brunei berasakan ianya biadap, tidak menghormati pemimpin mereka dan pemilik Facebook tersebut mesti meminta maaf.
Untitled
3
Gara-gara isu yang tercetus, pemilik Facebook itu telah mengedit statusnya kepada, ‘Satu-satunya kerajaan dalam dunia yang bagi RM 1 billion duit raya untuk penjawat awamnya. Sultan Brunei yang kaya amat dengan jumlah rakyat sedikit pun tak buat. Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang kamu dustakan? Jom bersyukur’ bersama penjelasan tentang tindakannya sebelum itu.
Untitled
Dalam penjelasannya ayat ‘kaya nak mampus’ didakwa membawa maksud ‘kaya yang amat’.
Bagaimana pun, netizen Brunei didapati tidak berpuas hati kerana mahu permohonan maaf turut dilakukan.

zzzzzz
Dalam perkembangan lain, seorang wanita dikatakan telah membuat aduan kepada pihak hospital tempat individu berkenaan bekerja.
Menerusi surat jawapan yang dikeluarkan, Hospital Melaka menyatakan pihak mereka akan menyiasat perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now