Nama Kak Hassanah Kini Trending, Terbongkar Tipu Kisah ‘Anak Mat Salleh’!


Nama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Kak Hassanah’ kini menjadi trending di media sosial dan hangat diperkatakan masyarakat Malaysia.
Semuanya bermula apabila wanita berniqab ini menceritakan kisah pengalamannya yang berjaya menghentikan tangisan anak ‘mat salleh’ dengan berselawat ketika berada dalam sebuah penerbangan dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuala Lumpur.
13315276_10154198079793334_1018199998772121611_n
Cerita Kak Hassanah mengenai kejadian itu sekali gus menjadi viral hingga menerima lebih 60,000 shares apabila ramai yang kagum setelah mendengar cerita tentang keajaiban berselawat tersebut.
Bagaimanapun, tup-tup muncul cerita lain apabila ibu bapa kepada kanak-kanak ‘mat salleh’ tersebut tampil menafikan sekeras-kerasnya apa yang diperkatakan oleh Kak Hasanah.
Menurut ibu kanak-kanak tersebut iaitu Haiza Razali, tiada sesiapa yang membantu menghentikan tangisan anaknya ketika di dalam penerbangan dan dia sekeluarga adalah orang Melayu Islam, bukan ‘mat salleh’ seperti yang digembar-gemburkan oleh Kak Hassanah.
Keluarga yang disangkakan 'mat salleh' dalam cerita Kak Hassanah.
KELUARGA YANG DISANGKAKAN ‘MAT SALLEH’ DALAM CERITA KAK HASSANAH.
13307446_10154198085728334_1193145070857915993_n
Screen-Shot-2016-06-03-at-12.38.43-AMKenyataan Haiza sekali gus mengejutkan ramai dan membuatkan netizen tertanya-tanya tentang siapa yang benar.
Susulan itu, Kak Hassanah pada hari ini tampil menjelaskan persoalan ramai seterusnya mengaku kisah yang diviralkan olehnya itu hanyalah IMAGINASI semata-mata.
Jelas Kak Hassanah, dia akui silapnya dan menggunakan perkataan ‘mat salleh’ agar sesuatu kisah itu menjadi.
“Saya sengaja mention mat salleh. Agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tapi saya silap. Sebab Allah tidak pernah tidur. Dan saya lupa satu hal, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran,” katanya.
13315723_615637108617278_3033575707309689164_n13344534_615637168617272_4194002098823268810_n13346729_615637218617267_6213722369673940957_n
Pengakuan Kak Hassanah sekali gus mengejutkan ramai dan rata-rata meluahkan rasa kesal mereka dengan sikap wanita itu yang tidak sepadan dengan penampilannya.
Lebih panas, ada juga netizen yang melabelkannya sebagai ‘penunggang agama’ gara-gara bengang wanita itu menggunakan agama demi meraih populariti.
Dek kerana kecaman teruk daripada netizen, Kak Hassanah juga dilihat telah memadam akaun peribadi miliknya itu.
Namun, Kak Hassanah juga telah pun membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada keluarga tersebut dan netizen atas kekhalifannya itu.
Apa pun, sebagai manusia kita sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Semoga kisah Kak Hassanah menjadi pengajaran buat netizen lain. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now