Nak Kutip Botol, Lelaki Tua Ni Tersekat Dalam Lumpur 12 Jam

Kesian mengenangkan lelaki tua ni yang hanya bekerja mencari botol. Tapi apa yang lebih kesian apabila dia tersangkut dalam lumpur selama lebih 12 jam ketika mencari botol sebagai sumber pendapatan. 

Kejadian ini berlaku di China apabila lelaki yang dikenali sebagai Ren, 70 tenggelam dalam lumpur. Seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut terkejut apabila melihat dua tangan terkapai-kapai meminta pertolongan kerana seluruh badan termasuk kepala sudah tersekat dalam lumpur. 

Anggota polis dan orang awam berjaya menarik keluar lelaki ini. Bagaimanapun, dia sudah tak mampu bercakap sepatah pun. Selepas di bawa ke hospital dan diberi rawatan, kini lelaki ini kembali stabil. 

"Lelaki tua ini hanya menggigil sambil terbaring atas lantai. Dia dah tak mampu bercakap walau sepatah." kata seorang polis. 
 






0 comment... add one now