Nak diet hari raya, ni fakta tentang kalori panduan pengambilannya

Foto hiasan -google image



Raya dah nak dekat ni, maka nafsu kita pun membuak-buak untuk menikmati juadah wajib seperti Lemang, Kuah Kacang, Ketupat, Aneka Rendang, Sate dan banyak lagi setelah selama sebulan menahan diri dari mengambil hidangan kegemaran sepuas-puasnya.
Nak dijadikan cerita, ada juga orang yang menganggap bahawa sambutan Hari Raya adalah hari untuk membalas dendam. “You can eat whatever you want,” katanya… Namun, jelaskah anda sesungguhnya lelaki dan wanita mempunyai kadar pengambilan kalori yang berlainan? 

Foto hiasan -silverkris.com
Foto hiasan -silverkris.com

Kalori sebenarnya adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga badan. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, ia akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan dan inilah penyebab utama berat badan anda bertambah dan ketahuilah, ianya bahaya untuk kesihatan dan bisa mengundang pelbagai penyakit kronik. AWAS!
NOTA: Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.
Lazimnya, orang akan bertanya,
Berapa banyak kalori yang diperlukan bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1500 hingga 2000 kalori sehari.

Anda boleh jadikan rajah ini sebagai panduan pengambilan makanan harian mengikut kalori.
Anda boleh jadikan rajah ini sebagai panduan pengambilan makanan harian mengikut kalori bagi lelaki dan wanita.

Oleh itu, ini Wanista senaraikan 50 jenis makanan dan minuman popular semasa Aidilfitri berserta jumlah kalorinya supaya anda tahu mengawal pengambilannya.
#1 Ketupat
Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 88 kalori
#2 Ketupat Palas
Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 124 kalori
#3 Lemang
Saiz Hidangan: 1 Potong sedehana besar = 82 kalori
#4 Lontong Bersayur
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 350 kalori
#5 Soto Ayam
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 403 kalori
#6 Laksa
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 550 kalori
#7 Serunding Daging
Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 200 kalori
#8 Serunding Ayam
Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 180 kalori
#9 Rendang Ayam
Saiz Hidangan: 1 ketul ayam bersama kuahnya = 148 kalori
#10 Rendang Daging
Saiz Hidangan: 2 potong daging serdahana besar berserta sedikit kuah = 112 kalori
#11 Nasi Briyani
Saiz Hidangan: 1 pinggan (2 genggam) = 487 kalori
#12 Nasi Himpit
Saiz Hidangan: 5 potong = 150 kalori
#13 Bihun Goreng
Saiz Hidangan: 1 pinggan kecil = 295 kalori
#14 Teh Tarik
Saiz Hidangan: 1 gelas = 90 kalori
#15 Nescafe Tarik
Saiz Hidangan: 1 gelas = 100 kalori
#16 Kopi O Kosong 
Saiz Hidangan: 1 gelas = 2 kalori
#17 Air Bergas / Soda
Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori
#18 Air Kosong 
Saiz Hidangan: 11 gelas = 0 kalori
#19 Air Sirap
Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori
#20 Kuih Tart Nanas
Saiz Hidangan: 1 biji tart nanas kecil = 50 kalori
#21 Biskut Raya (lain-lain secara am)
Saiz Hidangan: 1 biji biskut raya secara am = 50 kalori
#22 Dodol
Saiz Hidangan: 1 biji dodol bungkus kecil = 71 kalori
#23 Kuih Lapis
Saiz Hidangan: 1 potong = 132 kalori
#24 Tapai Pulut
Saiz Hidangan: 1 biji = 134 kalori
#25 Ais Krim
Saiz Hidangan: 1 skop biasa = 95 kalori
#26 Kurma
Saiz Hidangan: 1 biji besar = 60 kalori
#27 Kek Keju
Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 240 kalori
#28 Kek Coklat Penuh  
Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 250 kalori
#29 Nasi Putih
Saiz Hidangan: 1 genggam tangan = 150 kalori
#30 Kek Lapis Sarawak
Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 160 kalori
#31 Wajik 
Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 120 kalori
#32 Pulut Kuning 
Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori
#33 Nasi Kerabu 
Saiz Hidangan: 1 pinggan lengkap bersama lauk sampingan (260g) = 310 kalori
#34 Sate Ayam
Saiz Hidangan: 5 cucuk (80g) = 200 kalori
#35 Rendang Tok
Saiz Hidangan: 1 ketul (30g) = 40 kalori
#36 Kerepek Ubi Bercili
Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 50 kalori
#37 Kerepek Pisang
Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 40 kalori
#38 Bihun Sup
Saiz Hidangan: 1 mangkuk = 150 kalori 
#39 Mi Rebus
Saiz Hidangan: 1 mangkuk (320g) = 420 kalori
#40 Mi Kari
Saiz Hidangan: 1 mangkuk (410g) = 530 kalori
# 41 Kuih Kapit
Saiz Hidangan: 2 gulung = 40 kalori
#41 Kuih Caras
Saiz Hidangan: 1 keping = 50 kalori
#43 Kuih Ros/Loyang
Saiz Hidangan: 1 biji = 30 kalori
#44 Kuih Siput/Gunting
Saiz Hidangan: 1 sudu makan (10g) = 30 kalori
#45 Muruku
Saiz Hidangan: 1 keping (10g) = 50 kalori
#46 Bahulu
Saiz Hidangan: 1 biji (15g) = 60 kalori
#47 Cornflakes Madu
Saiz Hidangan: 1 biji (20g) = 80 kalori
#48 Biskut Bersalut Coklat Seperti Almond London
Saiz Hidangan: 1 biji (10g) = 50 kalori
#49 Rempeyek
Saiz Hidangan: 1 keping (20g) = 70 kalori
#50 Kuah Kacang
Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori

Sedikit lagi tips untuk anda, raya disambut selama sebulan, jadi pasti banyak rumah terbuka yang akan diadakan pada hujung minggu. Okay, buat perjanjian dengan diri anda, hujung minggu sahaja anda boleh makan sepuaskan kala beraya ke rumah sanak-saudara serta rakan-taulan. Hari biasa, pastikan anda kawal pemakanan -mematuhi pengambilan kalori yang stabil.
Jika telah mengambil secara berlebihan, pastikan anda mencari jalan untuk membakar kesemua kalori itu kembali. INGAT! Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar akan meningkatkan berat badan anda sebanyak 1KG!
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang.  Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
  •  Aerobik = 405 kalori
  • Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
  • Berjalan pantas= 300 kalori
  • Berkebun= 320 kalori
  • Mengemas rumah= 240 kalori
  • Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
  • Bermain Pingpong = 280 kalori
  • Menonton televisyen = 40 kalori
Selamat beramal!
SUMBER 12 & 3

0 comment... add one now