Mufti Perak Katakan Haram Bayar Terus Zakat Kepada Asnaf



PARIT BUNTAR, 24 Jun — Umat Islam diminta membayar zakat secara terus kepada asnaf kerana perbuatan itu hukumnya adalah haram, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk membayar zakat kepada pusat zakat yang dilantik oleh kerajaan di setiap negeri.

Mengikut hukum syarak, apabila ada satu badan yang telah dilantik kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan tersebut.

Ini kerana badan itu telah diperintahkan supaya mencari dan mengumpulkan para asnaf yang ada untuk disampaikan secara adil hasil zakat itu,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dr. Harussani berkata sedemikian ketika mengulas isu viral di Facebook dimana 70% dari orang ramai bersetuju membayar zakat terus kepda asnaf manakala 30 peratus lagi kepada badan pungutan zakat.

Menurut beliau, pembayaran seperti itu hukumnya tidak sah dan dikhuatiri asnaf yang menerima itu layak atau tidak menerima zakat.

Pendapat seperti ini salah kerana MAIPk memberikan zakat secara adil kepada asnaf yang layak menerima zakat. Pegawai kita masuk kampung untuk mengesan asnaf yang layak menerima zakat dan gaji mereka kita ambil dari bahagian amil dan bukan dari asnaf,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 24,936 asnaf menerima zakat dari MAIPk setiap tahun.

0 comment... add one now