MT UMNO Pecat Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Digantung Mulai Hari Ini


Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat hari ini membuat keputusan sebulat suara memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO pada sidang media selepas mesyuarat itu menegaskan, pemecatan kedua-dua individu tersebut dibuat kerana didapati melanggar disiplin parti berkenaan.
Manakala itu ujar beliau lagi, keahlian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hanya digantung buat sementara waktu sehingga Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiapkan laporan mengenai kes pemimpin tesebut.
mt umno
Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tersebut di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini menyatakan kesalahan dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz adalah berat.
Sidang media itu turut dihadiri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Turut serta ialah Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
– Mynewshub.cc/HAA

1 comment... add one now