Mitsubishi ASX Orange Edition secara rasminya dilancarkan di Malaysia, harga RM133k hanya 180 unit!

Mitsubishi ASX Orange Edition
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan model edisi terhad Mitsubishi ASX Orange Edition dengan harga atas jalan tanpa insuran RM132, 900.19
Diasaskan dari varian tertinggi 4WD, ASX Orange Edition dibina sebanyak 180 unit sahaja. Untuk membezakan model edisi terhad ini dengan model standard, warna badan keseluruhan hanya ditawarkan dengan warna putih dan dilengkapi dengan kemasan-kemasan berwarna oren pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang,spoiler belakang serta kedua-dua belah cermin sisi. Ia juga dilengkapi denganvisor pintu, pelekat badan ‘Spirit of Competition’ serta roda aloi berdiameter 17-inci dengan kemasan akhir matte black secara standard.
Bahagian dalaman pula, Orange Edition menerima tempat duduk kulit berwarna hitam dengan serlahan jahitan berwarna oren serta karpet kaki dengan fabrik hitam disulami kemasan berwarna oren. Ia juga dipadankan dengan scuff plate serta kemasan motif gentian karbon pada panel kawalan sistem audio dan trim pintu.
ASX edisi terhad ini juga menerima empat kamera yang pasang pada bahagian hadapan, kedua belah sisi serta bahagian belakang, dihubungkan kepada skrin utama yang memaparkan ‘sudut imej mata burung’ untuk membantu pemandu memarkir SUV ini. Sistem kunci pintar beserta butang penghidup enjin, sistem penghawa dingin automatik, kawalan kelajuan dan penukar gear masih kekal sebagai ciri standard.

Tiada perubahan yang dilakukan pada sistem mekanikal. ASX Orange Edition masih dijana enjin 2.0 liter MIVEC berkuasa 150 PS/197 Nm. Kesemua kuasa dialirkan ke keempat-empat roda menerusi kotak gear CVT automatik INVECS-III dan sistem 4WD kawalan semua roda.
Untuk ciri keselamatan, ASX edisi terhad ini masih kekal dilengkapi dengan tujuh beg-udara, sistem ABS serta EBD, Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman serta Bantuan Mula Mendaki (HSA).
Khas sempena Hari Raya, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan ASX Orange Edition mereka sebelum 31 Julai 2016 akan menerima rebat tunai sehingga RM8,000. Setiap pembelian ASX juga disertakan dengan pakej perlindungan waranti lima tahun.
Sumber :paultan 

0 comment... add one now