Menggila Macam Kena Rasuk Dalam Kapal Terbang, Lelaki Ini Diikat Sepanjang Perjalanan



Insiden ini berlaku ketika penerbangan China Southern Airlines baru je lima minit berlepas dari Harbin menuju ke Wuhan. Tiba-tiba seorang lelaki seperti dirasuk menjerit “Siapa nak tangkap aku, aku nak terbang ke angkasa”.

Lelaki itu kemudiannya berlari ke arah pintu masuk kokpit untuk memecahkan pintu tersebut namun tindakannya berjaya dihalang oleh krew penerbangan serta beberapa penumpang lain. Dia diikat di kerusi sepanjang perjalanan sehinggalah juruterbang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Zhengzhou untuk menurunkannya.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai masalah sakit mental dan telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

0 comment... add one now