Mengejutkan, Telur Lalat Keluar Dari Saluran Kencing Wanita Ini



Para doktor di sebuah hospital di South Carolina dikejutkan dengan kes aneh yang menimpa seorang wanita, pesakit tersebut dikatakan terganggu dengan makhluk mirip cacing yang menggeliat dalam air kencingnya. 

Wanita berusia 50 tahun itu datang ke hospital dan mengeluh disebabkan telah menderita setiap kali membuang air kecil selama 3 bulan. 

Selepas ujian sampel air kencing dilakukan, para doktor menemukan sejumlah larva berwarna kegelapan dengan ukuran sekitar 0.5cm. Makhluk kecil itu jelas kelihatan tanpa memerlukan sebarang alatan canggih perubatan.  


Selepas kajian dijalankan,  pihak hospital mengesahkan makhluk aneh itu bukan lah cacing tetapi larva milik sepsis lalat Dipteria yang disebut myasis atau infestasi parasit ( Organisme parasite di dalam tubuh sehingga mereka berkembang biak dalam jumlah yang besar sehingga memberi kesan negatif) 

Pesakit itu kemudian di diagnosis menderita penyakit kencing myasis di mana lalat bertelur di dalam tubuh dan larvanya membiak di saluran kencing. 

Penyakit ini disebabkan kerana pesakit dikatakan mungkin minum air yang terkandung larva/ telur lalat.

Myasis juga boleh terjadi di bahagian kulit, mata, hidung dan juga bahagian pencernaan. Menurut doktor, myasis pada saluran kencing jarang berlaku.

Doktor juga mengatakan penyakit ini kebiasaanya berlaku di negara berkembang atau seseorang yang tidak memiliki kekebalan tubuh yang lemah.

Pesakit tersebut akui yang sememangnya dia menderita penyakit diabetes sekali gus berkait dengan kekebalan tubuh yang lemah untuk melawan jangkitan atau parasit.

Namun begitu, kondisinya disahkan dalam keadaan baik kerana doktor tidak menemykan sebarang darah di dalam air kencingnya.

Setelah menerima rawatan lanjut, pesakit disahkan kembali sihat seminggu kemudian. 

Sumber Daily Mail.

0 comment... add one now